twitter
rss







Kantin Tadika Sedas sebelum di cat


Kantin Tadika selepas di cat

Teacher Ain

Teacher Azlina

Teacher Hayati


Wajah-wajah ceria guru-guru Tadika Sedas

Pada 10 Julai 2010, Tadika Sedas telah mengadakan gotong-royong untuk mengecat bangunan yang baru di bina dan mengindahkan lagi bangunan yang sedia ada. Semua pelajar-pelajar berasa gembira bila melihat sekolah yang cantik dan berwarna warni. Semua guru-guru telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang sessi gotong-royong berlangsung. Tadika Ceria Guru Gembira....:)

Walaupun masih kecil ( 4 tahun ) tapi semua tekun belajar



Mana satu 'farm animals'?..tu soalan Teacher Zakia

Wah sempat menari lagi
Pelajar Hadhonah sedang belajar apa itu 'Farm Animals'. Semua pelajar berasa gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh Teacher Zakia. Sambil belajar sambil berhibur...

Wild Animal's Place ( Jungle )


Farm Animal's Place ( Farm )



Aktiviti hands on P2 ( science ) wild and farm animals..Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih efektif kepada para pelajar bagaimana untuk membezakan haiwan liar ataupun haiwan peliharaan. Jika pelajar tersebut mampu mengasingkan kategori haiwan tersebut maka pelajar tersebut telah faham apa yang dipelajari.






26 Jun 2010 merupakan hari perbincangan mengenai Buku Laporan pelajar Tadika Sedas. Ia bukan sahaja merupakan hari perjumpaan bersama ibu bapa malah dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa. Selain dapat mengetahui keputusan anak masing-masing bagi Penilaian Semester 1, ibu bapa juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan anak masing-masing ketika berada di sekolah. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan jika ada yang kurang berjaya cuba lagi di semester ke-2.

Kerjasama para ibubapa dipohon untuk memantau tahap pencapaian anak-anak dan seterusnya membantu anak-anak di rumah. Bantulah anak-anak agar kami para guru Sedas dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas prasekolah yang disasarkan.


Inilah barisan guru Sedas bagi tahun 2010. Tahniah kerana dapat menjalankan tugas dengan jayanya...