26 Jun 2010 merupakan hari perbincangan mengenai Buku Laporan pelajar Tadika Sedas. Ia bukan sahaja merupakan hari perjumpaan bersama ibu bapa malah dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa. Selain dapat mengetahui keputusan anak masing-masing bagi Penilaian Semester 1, ibu bapa juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan anak masing-masing ketika berada di sekolah. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan jika ada yang kurang berjaya cuba lagi di semester ke-2.
Kerjasama para ibubapa dipohon untuk memantau tahap pencapaian anak-anak dan seterusnya membantu anak-anak di rumah. Bantulah anak-anak agar kami para guru Sedas dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas prasekolah yang disasarkan.