twitter
rss

Wahh!!! Semua khusyuk mendengar Teacher Azliza mengajar. Ketika ini Teacher Azliza sedang mengajar Matapelajaran GK. Tajuk pada masa ini adalah "Bathroom". Nampaknya semua dah makin faham kerana bila di tanya semua berebut-rebut angkat tangan untuk jawab soalan..bagus....semua anak-anak murid sedas pandai-pandai....



Pada setiap hari Rabu, Tadika Sedas akan mengadakan 'Story telling' kepada semua pelajar-pelajar. Program ini akan di adakan pada sesi perhimpunan yang diadakan iaitu dari jam 8.00 am - 8.30 am.








Pada setiap bulan Ogos, Sedas akan mengadakan bulan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti akan di rancang bagi membangkitkan semangat kebangsaan pada diri setiap murid. Antara aktiviti yang di jalankan adalah membuat bunga raya dengan menggunakan botol plastik ( bahan terbuang ).

Visi :

Visi Tadika Sedas ialah untuk membekalkan pendidikan asas yang lengkap bagi mempersiapkan kanak-kanak supaya mampu menghadapi alam persekolahan yang sebenar dengan penuh keyakinan, bersemangat, matang dan berdaya-saing.

Misi :

Untuk mencapai Visi di atas, maka Tadika Sedas bertanggungjawab untuk :

1. menyediakan infrastuktur persekolahan yang selesa dan menyeronokkan

2. menyediakan guru-guru terlatih yang dapat berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang

3. menggabung, mengolah dengan cara yang kreatif bagi menghasilkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif

4. mendapat sokongan dan bimbingan daripada masyarakat dan agensi kerajaan bagi membantu kami untuk menghasilkan generasi pelapis yang berketrampilan serta menyerlah di “mata” dunia

8168, Lorong Hillview, Desa Perwira,
31350 Ipoh , Perak Darul Ridzuan.

Telefon : 05 - 3131004
05 - 3131903

“There is no colour in Sedas except the colour of LOVE”



Latarbelakang Penubuhan Tadika Sedas

Pusat Pendidikan Sedas memulakan khidmatnya sejak tahun 1993 sebagai sebuah institusi untuk mendidik masyarakat yang “buta Al-Qu’ran” di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Dalam proses memberikan pendidikan Al-Qu’ran, kelemahan yang ketara turut dikesan dalam pembacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak dalam kumpulan usia 8 – 10 tahun. Kajian dibuat dan didapati langkah terbaik bagi mengatasi kelemahan ini ialah dengan cara melengkapkan kanak-kanak dalam usia seawal mungkin dengan kaedah-kaedah pembacaan yang terbaik dan berkesan.

Usaha ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada kalangan ibubapa. Daripada detik inilah, maka tercetusnya penubuhan Tadika Sedas.


Penubuhan Tadika Sedas

Tadika Sedas telah ditubuhkan pada bulan Disember 1999 dan memulakan operasinya pada bulan Januari 2000. Sehingga Disember 2008, bilangan anak didik Tadika Sedas telah pun menjangkau 500 orang.