twitter
rss


Latarbelakang Penubuhan Tadika Sedas

Pusat Pendidikan Sedas memulakan khidmatnya sejak tahun 1993 sebagai sebuah institusi untuk mendidik masyarakat yang “buta Al-Qu’ran” di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Dalam proses memberikan pendidikan Al-Qu’ran, kelemahan yang ketara turut dikesan dalam pembacaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak dalam kumpulan usia 8 – 10 tahun. Kajian dibuat dan didapati langkah terbaik bagi mengatasi kelemahan ini ialah dengan cara melengkapkan kanak-kanak dalam usia seawal mungkin dengan kaedah-kaedah pembacaan yang terbaik dan berkesan.

Usaha ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada kalangan ibubapa. Daripada detik inilah, maka tercetusnya penubuhan Tadika Sedas.


Penubuhan Tadika Sedas

Tadika Sedas telah ditubuhkan pada bulan Disember 1999 dan memulakan operasinya pada bulan Januari 2000. Sehingga Disember 2008, bilangan anak didik Tadika Sedas telah pun menjangkau 500 orang.