twitter
rss

Walaupun masih kecil ( 4 tahun ) tapi semua tekun belajar



Mana satu 'farm animals'?..tu soalan Teacher Zakia

Wah sempat menari lagi
Pelajar Hadhonah sedang belajar apa itu 'Farm Animals'. Semua pelajar berasa gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh Teacher Zakia. Sambil belajar sambil berhibur...

Wild Animal's Place ( Jungle )


Farm Animal's Place ( Farm )



Aktiviti hands on P2 ( science ) wild and farm animals..Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih efektif kepada para pelajar bagaimana untuk membezakan haiwan liar ataupun haiwan peliharaan. Jika pelajar tersebut mampu mengasingkan kategori haiwan tersebut maka pelajar tersebut telah faham apa yang dipelajari.






26 Jun 2010 merupakan hari perbincangan mengenai Buku Laporan pelajar Tadika Sedas. Ia bukan sahaja merupakan hari perjumpaan bersama ibu bapa malah dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa. Selain dapat mengetahui keputusan anak masing-masing bagi Penilaian Semester 1, ibu bapa juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan anak masing-masing ketika berada di sekolah. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan jika ada yang kurang berjaya cuba lagi di semester ke-2.

Kerjasama para ibubapa dipohon untuk memantau tahap pencapaian anak-anak dan seterusnya membantu anak-anak di rumah. Bantulah anak-anak agar kami para guru Sedas dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas prasekolah yang disasarkan.


Inilah barisan guru Sedas bagi tahun 2010. Tahniah kerana dapat menjalankan tugas dengan jayanya...







minggu ini merupakan minggu untuk menguji sejauh mana anak-anak kecil Tadika Sedas memahami akan apa yang telah diajar oleh guru-guru dan sejauh mana daya ingatan mereka ... semoga semua pelajar dapat buat yang terbaik .. dan lulus dengan cemerlang...














alhamdulilahh..setiap 16 Mei..merupakan hari guru bagi seluruh Malaysia. Tadika Sedas juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan hari guru..Sambutan ini diadakan pada 17 Mei 2010 pada jam 8.00 pagi. Semua murid sungguh bersemangat untuk bersama-sama meraikan hari guru...Sedas..memang bestt...

Wah tekunnya anak-anak kelas Hazmin ni belajar ( 5 tahun ). Buat kerja tu betul-betul ye..sempat lagi tu senyum2...manis semua...


Macam-macam gaya boleh kita lihat bila anak-anak ini mula memegang pensil..ada yang senget je badan..ada senget kepala..tak kisah la ye..janji buat kerja yang teacher bagi..

Wahh..gembiranya teachers nak mengajar anak-anak Hadhonah ( 4 tahun ). Walaupun mereka ni masih kecil tapi bila belajar semua bagi tumpuan..alhamdulillahh...Tapi masing-masing dengan gelagat dan gaya yang tersendiri..Ada yg tengok ke belakang, ada yg menghadap pintu dan memandang skrin TV...