Wah tekunnya anak-anak kelas Hazmin ni belajar ( 5 tahun ). Buat kerja tu betul-betul ye..sempat lagi tu senyum2...manis semua...
Macam-macam gaya boleh kita lihat bila anak-anak ini mula memegang pensil..ada yang senget je badan..ada senget kepala..tak kisah la ye..janji buat kerja yang teacher bagi..
Wahh..gembiranya teachers nak mengajar anak-anak Hadhonah ( 4 tahun ). Walaupun mereka ni masih kecil tapi bila belajar semua bagi tumpuan..alhamdulillahh...Tapi masing-masing dengan gelagat dan gaya yang tersendiri..Ada yg tengok ke belakang, ada yg menghadap pintu dan memandang skrin TV...
Wahh!!! Semua khusyuk mendengar Teacher Azliza mengajar. Ketika ini Teacher Azliza sedang mengajar Matapelajaran GK. Tajuk pada masa ini adalah "Bathroom". Nampaknya semua dah makin faham kerana bila di tanya semua berebut-rebut angkat tangan untuk jawab soalan..bagus....semua anak-anak murid sedas pandai-pandai....
Pada setiap bulan Ogos, Sedas akan mengadakan bulan kemerdekaan. Pelbagai aktiviti akan di rancang bagi membangkitkan semangat kebangsaan pada diri setiap murid. Antara aktiviti yang di jalankan adalah membuat bunga raya dengan menggunakan botol plastik ( bahan terbuang ).
Subscribe to:
Posts (Atom)








