Pada 30 Oktober 2010, Tadika Sedas telah mengadakan majlis konvokesyen Kali ke-11. Pada kali ini konvokesyen di jalankan bersama acara sukaneka bagi pelajar 5 dan 6 tahun. Alhamdulillahh semuanya berjalan dengan lancar. Kami dari Pihak Tadika Sedas mengucapkan Tahniah!! kepada semua pelajar terutama pelajar-pelajar 6 tahun kerana akan meninggalkan alam Tadika dan melangkah ke alam persekolahan yang sebenarnya. Diharap semua pelajar akan terus berjaya...we luv u all...
Bergambar kenangan bersama barisan Penari Senam 1 Malaysia..Terima kasih semua kerana memberi komitmen yang sepenuhnya..

Sedia..mula!!! Bersungguh-sungguh semua pelajar untuk menang..acara sukaneka thn 2010.
Barisan guru-guru Tadika Sedas yang bertungkus lumus bagi memastikan perjalanan Konvokesyen berjalan dengan lancar.

Ada gaya..ada potensi...Muka serius je penari-penari cilik Sedas ni..Semua buat yang terbaik bagi memastikan persembahan yang cantik buat tontonan semua...Tahniah!! Senam 1 Malaysia..

1...2...3....4.....5....6...7...8....Semua cantik2 dan bersemangat...
Tanggal 31, bulan 8 lima puluh tujuh..Bulan Kemerdekaan datang lagi..Tadika Sedas juga tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi bulan Kemerdekaan Malaysia..Inilah projek pelajar-pelajar kami bagi membangkitkan lagi semangat semua pelajar agar lebih mencintai negara Malaysia..Merdeka !!!! Merdeka !!! Merdeka !!!
Pelajar-pelajar P2 sedang tekun menyiapkan projek Merdeka..
Inilah hasilnya....tapi belum siap lagi...Inilah projek Merdeka dari pelajar-pelajar P2 ( 5 Tahun )
Teacher Nurul sedang membetulkan projek merdeka pelajar p1..
Inilah hasilnya projek Merdeka dari pelajar-pelajar P1 ( 6 tahun )
Kantin Tadika Sedas sebelum di cat
Kantin Tadika selepas di cat
Teacher Ain
Teacher Azlina
Teacher Hayati
Wajah-wajah ceria guru-guru Tadika Sedas
Pada 10 Julai 2010, Tadika Sedas telah mengadakan gotong-royong untuk mengecat bangunan yang baru di bina dan mengindahkan lagi bangunan yang sedia ada. Semua pelajar-pelajar berasa gembira bila melihat sekolah yang cantik dan berwarna warni. Semua guru-guru telah memberikan komitmen yang amat baik sepanjang sessi gotong-royong berlangsung. Tadika Ceria Guru Gembira....:)
Walaupun masih kecil ( 4 tahun ) tapi semua tekun belajar
Mana satu 'farm animals'?..tu soalan Teacher Zakia
Wah sempat menari lagi
Wild Animal's Place ( Jungle )
Farm Animal's Place ( Farm )
Aktiviti hands on P2 ( science ) wild and farm animals..Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih efektif kepada para pelajar bagaimana untuk membezakan haiwan liar ataupun haiwan peliharaan. Jika pelajar tersebut mampu mengasingkan kategori haiwan tersebut maka pelajar tersebut telah faham apa yang dipelajari.
Subscribe to:
Posts (Atom)









